Jumaat, 24 September 2010

Sajak Hujan

Ada yang berkata
engkaulah musibah
yang membasahi bumi dan membawa banjir untuk mereka,
betulkah hujan?

Ada yang berkata
engkau turun membasahi bumi
membawa seribu rahmat untuk kami,
Adakah kami bersyukur,hujan?

Aku ingin hujan yang membawa kebaikan dan bukan musibah
apatah daya aku sebagai manusia
aku hanya insan biasa
engkaulah yang menghibur dan
engkaulah inspirasi

Khamis, 16 September 2010

Hujan air batu

Saya telah berasa terperanjat apabila ternampak hujan air batu itu menurun di depan mata saya kerana Singapura tidak pernah mengalami pengalaman seperti ini. Saya juga berasa takut kerana hujan air batu itu boleh jatuh di kepala penduduk di situ.