Selasa, 27 Julai 2010

Kuiz Bahasa Melayu di bilik darjah

Guru kami,Cikgu Tuty, memberi kami kuiz peribahasa yang susah.Saya mendapat lapan salah dari tiga puluh.Saya berharap untuk mendapat markah penuh.

Aktiviti ''Bawa & Berborak''

Saya paling suka Aktiviti ''Bawa & Berborak''. Saya teringat saya telah melakukan aktiviti ini semasa saya darjah 2.Saya membawa kad permainan untuk melakukan sihir. Rakan-rakan saya terperanjat. Selepas itu, saya memberitahu mereka rahsianya.

Perkhemahan Bahasa

Tahun ini kami mempunyai program kerjasama dengan Innova Junior College dengan murid-murid darjah 6 .Murid-murid itu kembali ke hari-hari ketika permainan tradisional yang sedang dimainkan. Mereka mendapatkan untuk mencuba pelbagai permainan tradisional bersama-sama. Mereka mempunyai pengalaman yang menyenangkan bermain permainan tradisional dan mencabar antara satu sama lain.Mereka bermain permainan Tarik Guni ,Pusing-pusing Tepung, Capteh dan pelbagai lagi.

Bengkel Penulisan Kreatif

Pada penggal yang lalu, sekolah kami telah mengadakan Bengkel Penulisan Kreatif. Kami diajar untuk membuat karangan yang bagus dengan menggunakan peribahasa dan lain-lain. Selepas itu, mereka suruh kami membuat karangan menggunakan cara yang kami diajar.

Pertandingan Blogging

Pertandingan blogging ini telah mengajar saya macam mana hendak blog dan mengunakan komputer. Saya berharap saya boleh memasuki pertandingan ini sekali lagi.

Lawatan Pendidikan ke Brunei Darulsalam

Saya telah pergi ke brunei pada 26 Mei-30 Mei.Pada hari pertama, kami pergi ke Royal Regalia, muzium di situ.Kami mengambil gambar artifak-artifak di sana.
Selepas itu,kami pergi ke Masjid Hassanal Bolkiah. Tempat itu sungguh cantik. Dinding dan pagarnya dibuat dari emas.
Selepas bergambar, kami telah pergi ke sebuah restoran. Makanannya sugguh enak kerana dapat makan hidangan laut.
Apabila perut kami sudah penuh, kami bertolak ke Hotel Holiday Lodge.Kami diberi bilik untuk 2 orang. Selepas kami berbaring sekejap, kami dipanggil untuk pergi ke lobi untuk diberi amaran.

Hari Kerhamonian Kaum

Pada Hari Kerhamonian Kaum, Sekolah kami mengadakan pesta untuk menyambut hari itu.Ada guru yang memakai cheongsam,Baju kurung dan sari. Mereka menerangkan budaya orang melayu,cina dan india. Mereka menerang dengan jelas. Saya tidak tahu bahawa orang india tidak makan lembu.

Rabu, 21 Julai 2010

Peraduan Piramida

Rakan-rakan saya dari kelas kami telah memasuki Peraduan Piramida di Sekolah kami. Ada dua kerusi.Seorang akan menduduki di satu kerusi dan akan menerangkan perkataan di skrin yang dia nampak.Seorang lagi akan menduduk di kerusi lain dan harus meneka benda yang diterangkan oleh kawannya dalam satu minit.Kumpulan yang terdapat markah yang paling tinggi akan menang.

Pertandingan Peraduan Sahibba

Rakan-rakan saya daripada Sekolah Rendah Woodgrove telah memasuki pertandingan Sahibba tahun lepas.Nama mereka adalah Atiqah,Sarah,Amirah dan Athirah.Mereka telah memasuki pertandingan.Mereka mendapat tempat pertama.

Khamis, 1 Julai 2010

Aktiviti bahasa Melayu

Aktiviti bahasa Melayu:

Pada cuti sekolah penggal 2 yang lalu, saya bersama rakan-rakan saya dari Sekolah Rendah Woodgrove telah melawat ke Brunei selama 5 hari. Kami menaiki kapal terbang Royal Brunei ke sana dari Lapangan Terbang Changi. Apabila kami tiba di sana, ramai rakan-rakan saya sungguh ghairah. Kami tidak sabar untuk menziarah tempat-tempat di Negara Brunei.