Selasa, 16 November 2010

Tahun 2010 di WGPS

Tahun 2010 di WGPS berlalu dengan laju sekali tetapi saya telah berkenal dengan ramai kawan. Kawan-kawan saya kebanyakan baik. Mereka membantu saya apabila saya mengahadapi masalah. Kawan-kawan saya juga mengajak saya bermain bola sepak pada waktu rehat. Saya terdapat banyak kenangan baik.Selain daripada itu, saya selalu dibantu oleh guru-guru saya apabila saya tidak memahami soalan itu. Dia akan mengulang cara untuk membuat soalan itu sekali lagi .
Sekolah WGPS juga telah membawa murid-murid darjah lima ke Sarimbun Scout's Camp untuk berkemah. Kami membuat pelbagai aktiviti di sana. Aktiviti-aktiviti ini semua sulit. Kami terus rehat selepas satu aktiviti. Aktiviti yang paling menarik adalah berenang. Kami semua akan meluncur ke sebuah kolam yang diisi dengan air kotor.



Sekolah kami juga membawa kami ke Padang untuk menonton persembahan Hari Kebangsaan Singapura percuma. Kami juga mendapat sebuah beg percuma. Beg itu diisi dengan lampu suluh, tisu, botol air, baju hujan dan lebih banyak barang. Persembahan di situ juga bagus kerana ada kenderaan polis and juga tentera.

Khamis, 28 Oktober 2010

Menjelang Peperiksaan

Peperiksaan akhir tahun sungguh dekat. Saya sungguh gembira kerana saya sudah sedia untuk semua subjek peperiksaan. Saya juga gembira kerana saya boleh bermain permainan komputer selepas peperiksaan.

Jumaat, 24 September 2010

Sajak Hujan

Ada yang berkata
engkaulah musibah
yang membasahi bumi dan membawa banjir untuk mereka,
betulkah hujan?

Ada yang berkata
engkau turun membasahi bumi
membawa seribu rahmat untuk kami,
Adakah kami bersyukur,hujan?

Aku ingin hujan yang membawa kebaikan dan bukan musibah
apatah daya aku sebagai manusia
aku hanya insan biasa
engkaulah yang menghibur dan
engkaulah inspirasi

Khamis, 16 September 2010

Hujan air batu

Saya telah berasa terperanjat apabila ternampak hujan air batu itu menurun di depan mata saya kerana Singapura tidak pernah mengalami pengalaman seperti ini. Saya juga berasa takut kerana hujan air batu itu boleh jatuh di kepala penduduk di situ.

Selasa, 3 Ogos 2010

Pencapaian saya

17th ogos 2010
Pencapaian saya adalah untuk mendapat gred 'A' pada peperiksaan akhir tahun ini kerana saya mahu membuat ibu bapa saya bangga terhadap saya. Pencapaian saya juga untuk memandu sebuah kereta apabila saya dewasa.

Selasa, 27 Julai 2010

Kuiz Bahasa Melayu di bilik darjah

Guru kami,Cikgu Tuty, memberi kami kuiz peribahasa yang susah.Saya mendapat lapan salah dari tiga puluh.Saya berharap untuk mendapat markah penuh.

Aktiviti ''Bawa & Berborak''

Saya paling suka Aktiviti ''Bawa & Berborak''. Saya teringat saya telah melakukan aktiviti ini semasa saya darjah 2.Saya membawa kad permainan untuk melakukan sihir. Rakan-rakan saya terperanjat. Selepas itu, saya memberitahu mereka rahsianya.

Perkhemahan Bahasa

Tahun ini kami mempunyai program kerjasama dengan Innova Junior College dengan murid-murid darjah 6 .Murid-murid itu kembali ke hari-hari ketika permainan tradisional yang sedang dimainkan. Mereka mendapatkan untuk mencuba pelbagai permainan tradisional bersama-sama. Mereka mempunyai pengalaman yang menyenangkan bermain permainan tradisional dan mencabar antara satu sama lain.Mereka bermain permainan Tarik Guni ,Pusing-pusing Tepung, Capteh dan pelbagai lagi.

Bengkel Penulisan Kreatif

Pada penggal yang lalu, sekolah kami telah mengadakan Bengkel Penulisan Kreatif. Kami diajar untuk membuat karangan yang bagus dengan menggunakan peribahasa dan lain-lain. Selepas itu, mereka suruh kami membuat karangan menggunakan cara yang kami diajar.

Pertandingan Blogging

Pertandingan blogging ini telah mengajar saya macam mana hendak blog dan mengunakan komputer. Saya berharap saya boleh memasuki pertandingan ini sekali lagi.

Lawatan Pendidikan ke Brunei Darulsalam

Saya telah pergi ke brunei pada 26 Mei-30 Mei.Pada hari pertama, kami pergi ke Royal Regalia, muzium di situ.Kami mengambil gambar artifak-artifak di sana.
Selepas itu,kami pergi ke Masjid Hassanal Bolkiah. Tempat itu sungguh cantik. Dinding dan pagarnya dibuat dari emas.
Selepas bergambar, kami telah pergi ke sebuah restoran. Makanannya sugguh enak kerana dapat makan hidangan laut.
Apabila perut kami sudah penuh, kami bertolak ke Hotel Holiday Lodge.Kami diberi bilik untuk 2 orang. Selepas kami berbaring sekejap, kami dipanggil untuk pergi ke lobi untuk diberi amaran.

Hari Kerhamonian Kaum

Pada Hari Kerhamonian Kaum, Sekolah kami mengadakan pesta untuk menyambut hari itu.Ada guru yang memakai cheongsam,Baju kurung dan sari. Mereka menerangkan budaya orang melayu,cina dan india. Mereka menerang dengan jelas. Saya tidak tahu bahawa orang india tidak makan lembu.

Rabu, 21 Julai 2010

Peraduan Piramida

Rakan-rakan saya dari kelas kami telah memasuki Peraduan Piramida di Sekolah kami. Ada dua kerusi.Seorang akan menduduki di satu kerusi dan akan menerangkan perkataan di skrin yang dia nampak.Seorang lagi akan menduduk di kerusi lain dan harus meneka benda yang diterangkan oleh kawannya dalam satu minit.Kumpulan yang terdapat markah yang paling tinggi akan menang.

Pertandingan Peraduan Sahibba

Rakan-rakan saya daripada Sekolah Rendah Woodgrove telah memasuki pertandingan Sahibba tahun lepas.Nama mereka adalah Atiqah,Sarah,Amirah dan Athirah.Mereka telah memasuki pertandingan.Mereka mendapat tempat pertama.

Khamis, 1 Julai 2010

Aktiviti bahasa Melayu

Aktiviti bahasa Melayu:

Pada cuti sekolah penggal 2 yang lalu, saya bersama rakan-rakan saya dari Sekolah Rendah Woodgrove telah melawat ke Brunei selama 5 hari. Kami menaiki kapal terbang Royal Brunei ke sana dari Lapangan Terbang Changi. Apabila kami tiba di sana, ramai rakan-rakan saya sungguh ghairah. Kami tidak sabar untuk menziarah tempat-tempat di Negara Brunei.